anniversary me.!

Daisypath Anniversary tickers

tips hadapi exam

good luck for your spm



1. Tidur awal
Ini adalah tips klasik. Dulu kini dan selamanya. Masa zaman ibu saya bersekolah pun tipsnya adalah ‘tidur awal’ dan sewaktu saya bersekolah pun tipsnya masih ‘tidur awal’
Zaman anda bagaimana pula? Mesti sama punya…hoho..Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.Badan kita akan mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan fungsi dengan efisien. Dan apa pula takrif tidur awal tu? Jika anda kebiasaan tidur pada pukul 12:00 malam hingga 1:00 pagi,maka pada malam sebelum exam tidur awal dari kebiasaan selama dua atau tiga lebih awal. Biarlah mak kita nak kata buang tabiat ke apa ker. Tidur or tak tidur lantaklah. Janji masuk kamar tidur,tutup lampu,baring atas katil awal dari kebiasaan dua tiga jam. Masa baring tu suka hati la nak main sms ker,nak berangan ker,nak berkhayal ker nak ape-ape je la. Janji atas katil dua tiga jam awal dari kebiasaan. OK?



2. Bangun awal
Tips klasik no 2. Mesti bangun awal punya. Hoho.. dah tidur awal semalam mesti bangun awal punya. Ye tak? Eh,tak juga..ada spesies yang tidur awal ke tidur lewat ke bangunnya tetap sama. Dekat-dekat tengah hari rembang tu baru nak bangun. Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini,set alarm sebanyak tiga kali tetapi jenis yang berbeza. Alarm hanset pukul 5 pagi,alarm jam loceng pukul 5.30. Alarm mak kesayangan pukul 6 pagi. Kalau tak bangun juga sah anda spesies malas bangun pagi.

3-Sarapan Pagi
Selepas dah solat dan baca yasin,anda sangat digalakkan untuk makan sarapan bersama-sama keluarga anda. Makan dengan ayah dan ibu anda sekurang-kurangnya. Oit,kalau yang berada di asrama pula macam mana? Pergi aje la bersarapan di Dewan Makan bersama rakan sebilik dan rakan yang lain. Yang penting makan! Kerana perut yang kosong akan membantutkan anda untuk memberi tumpuan ketika menjawab exam pada pagi itu. Amaran keras!! Jangan la sarapan pagi tu korang pergi bantai tomyam,mee kari dan sup gear box pulak. Makan simple-simple sudah la. Dan satu lagi,elakkan makanan berminyak dan ambil sumber protein pada pagi itu yer.Sebab apa? Search sendiri di google,saya dah lupa. Sambil-sambil jalan nak ke dewan exam tu elok lakukan perkara ke seterusnya ini…

4. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.
Tips klasik yang ke berapa entah. Untuk beragama Islam ketika anda terpaksa menggarukan kepala anda yang tidak gatal tu. Dah garu lima enam kali pun masih tidak keluar jawapan juga,maka selawatlah dua tiga kali.
Kalau soalan objektif,jika tak dapat juga. Buat satu dadu,tulis A,B,C,D di setiap muka. Putar dan lontar. Kemudian tulis jawapan yang kena. Ok?
Ini dah bercampur antara tips nak menghadapi peperiksaan dengan ketika menjawab exam dah ni. Hmm,anda tapis yang mana sesuai dengan anda untuk dijadikan panduan yer.

5. Senyum dan Sapa
Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain aka kawan-kawan seperjuangan anda. Macammana nak bertegur sapa?
Ewah-ewah,takkan yang ini pun nak kena ajar?
Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan mulakan perbualan ringan seperti “dah ready ke belum”. Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.
Dan jangan pula time nak exam pagi tu,anda menegur aweks yang selama ini menjual mahal kepada anda.Balas senyuman pun tak pernah apatah lagi menyapa. Tetiba dia membalas teguran anda di pagi itu. Masuk dewan exam,angau sampai habis waktu la. Samada memberi semangat pada anda untuk menjawab exam atau menjahanamkan anda disebabkan emosi angau itu.




No comments:

ak tau diri ini byk merunsingkan dirimu syg..ak mintak maap sgt..l0b u s0 much..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...