anniversary me.!

Daisypath Anniversary tickers

makan cara sihat ikut sunah nabi.~~


KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”


rahsia tarikh lahir me and my boifrendz:)


ish2 xku sangka n xku duga.:)

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

wah. cam de persamaan jek akow ngan boifrenz akow. yg tang susah untuk dimengertikan 2. hahahahah.^___^ memang terbaik la kan.


make up.~~~


tajuk kite tok post kali nie iyelah make up. tbe2 nak post pasal makeup plk. tibe2 terase nak makeup la. tapi saya nie mane la nak pndai makeup2 nie. fail sesangat. hahahha^___^ tp teringin nak makeup la. mesti comel n cantik. hahahahahha^___^ puji diri sndiri plk.


comel kn make up dye. ske sangat2.


bole tahan gak. cantik2. tapi cm tebal jek kt mate 2.^_________^


konpius.??


law korang nak tau ape yang akow tengah konpius kn nie. akow ngah konpius nie. selase nanti nak pkai baju ape. iyelah kn ade dinner. so. xtau nak pkai baju ape. tema plak ala2 glamour. akow mane la nak ade baju glamour nie. adoi. td search pakaian glamour nie. mak datuk glamour nye. xkn akow nak pkai kn. da la xpnh nak pkai baju2 cam 2. ish3. dress pon xpnh pkai. nie kan nk pakai baju cmnie.


seksi nye la. memang akow xpakai. hahahhaha^___^


cantik n comel baju nie. hehehhehe^___^


meriah plk kn baju nie. terlebey glamour. hahaha^___^


so. sweet. hahahaa^_____^

ngah berfikir n twos berfikir nak pkai baju ape dinner nanti. hahahahahha kowg tlong pkirkn skali ea. hahahahha^____^


semalam.!


skunk nie akow nak update status ape ea. haaaaa! semalam ary khamis bersamaan 22/12/2011. akow wif my hubby g  watching wayang. nak tau x ctew ape yang kteowg tgk. kteowg tonton ctew satu malam kubur berasap. pergh. memang berasap kubur nye. ngan akow2 skali berasap nye. bkn berasap ape pon. akow terkejut jek. ctew nye uat akow terperanjat. hehe. sebelum nie akow tgk ctew antu. xpnh plak akow terperanjat cm 2. memang smlm nampak sangat akow terperanjat. sampai boifrenz sebelah pon perasan. ctew dye kelakar n suspen. tp still ade kekurangan nye la. xmeletup pon. hahhaa.^___^ tapi oke la xde la rugi beli tiket cam akow tgk ctew songlap ri2. membazir jek. ctew nye xbest langsung. igtkan ade shahiezy sam meletup la ctew tue. tapi upenye xpon. slow glew jalan ctew nye. hahahahaha. 2 jek la kot aq nak story kt kowg. idea xde ag la beb nak ctew banyak2 nie.^____^

unfinished.!!


hehehe. aq bwu siapkn belog akow nie separuh. separuh ag nanti la ea. banyak ag yang akow xletak nye. adoi penatnye la. mantok pon ade gak nie. tp nk uat cmne da petang. time nak kne kemas umah plk. coz td da sepahkan uma. hahahahah ^___^


hye k0wang.!!


hye sume nye. igt ag x ngan aq. aq la. xkn kowg xkenal. iyelah da lame xupdate belog kn. mesti ramai yang lupe. skunk nie nk igt kn kt kowg blik spe aq. hahaha..^___^. sowie la kowang ea da lame sangat nye xupdate belog nie. mesti ade yang tertanye-tanye. mane la owner belog nie menghilang. xupdate belog nye. aq ade jek kt cnie. cume bz sket la dengan event and assgnment yang berlambak nye. 

untuk event ri2. aq tercalon untuk jadi hicom bg club educator untuk jawatan treasurer. kiranya nk jadi hicom tertinggi la nie. tapi sayang nye xdapat. sebab nye maybe kurang peole yang nk mengundi kot. agpon ramai yang tercalon untuk jadi hicom 2. ramai nye indian. so. mesti la bangse dowang vote dowg kn. buat plk ari jumaat. memang xramai melayu la. agpon dowang xde nk pasang banner ke ape ke. hmm. persiapan dikatekan xlengkap la. 2 yang menyebabkan aq xmenang. ~~ hahahha (iye2 jek aq nie.) tapi tok member yang da mengundi aq untuk jawatan treasurer tue. thanks sangat2 ea. thank to my friend norazila, nor haslinda, dayah, farhana, asma' dan yang lain yang da mengundi. maap la law lupe nk sebut name. byk sangat. hehehe.~~ maap la ea sbb baru skunk aq nk ckp. iyelah bz sangat ngan assgnment nye. smpi lupe nk war2 kn. huhuhu.~~

pasal assgnment plk. aq da nak hampir siapkan da aq punye assgnment. just tggl untuk special children jek lagi yang aq nk kene siapkan. waaa~~ xsaba nye nak abeskan sume assgnment nie. pas 2 tggl nak study untuk final exam jek. betul2 xsaba nie.~~


d best.!


law korang sume nak tau ape yg d best sangat. korang kne la bace. hahahhaha

oke. sebenarnye cmnie. aq suka sangat ngan lirik lagu ombak rindu nie. terbek sangat-sangat. so, memang d best la. sampi seratus kali dengar n nyanyi. mule2 aq dengar cm nk titow. tp lame2 xplk. heheheh. memang sonok la. so jom la kte hayati lirik lagu ombak rindu nie k.

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/10/lirik-lagu-ombak-rindu-hafizadira.html#ixzz1fY3UKrTT

benci kamo0.!!


law korang sume nk tau ape yg aq benci sangat tue sebenarnye. aq benci sangat2 ngan kesibukan my boifrenz. asyik sbok jek. blew nye nk spend time with aq nie. sbok jek ngan kte dye. cdey la ujung minggu cmnie xdpt nk jalan. kua or ape. cdey sgt2. da la ari minggu nie sekali untuk seminggu. 2 pon xley nk spend time ngan aq. e'ee. benci nye. benci sangat2. geram campur cdey sume nye ade taw. untung la spe yang kua ujung minggu nie kn. ag2 dapat tengok ctew ombak rindu. pergh untung glew la. spend time ngan boifrenz tgk ctew ombak rindu. mmg romantik glew la. pergh. jeles nye la law de pasangan yg cam tue. iyelah aq yg dok pikir kowang yang praktik kn. mmg jeles la. hmm. bohsan yang teramat la ujung minggu nie. bohsan sesangat. de sape2 x nk ajak aq kua ujung minggu nie. bia padam mke ngan boifrenz aq. sbok ag. sape swoh xnk spend time ngan girlfrendz (aq) dye kn. padam mke. bia dye jeles sangat2.


p/s: to my boifrenz. blew la sy dapat memiliki mase kamo0 ea. iyelah. asyik sbok jek...:)


ak tau diri ini byk merunsingkan dirimu syg..ak mintak maap sgt..l0b u s0 much..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...